Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 1 Jun 2010

Kapten Tokalak - Israel seolah suka main senapang




Salah seorang kapten kapal yang ditahan komando Israel, Huseyin Tokalak mendedahkan beberapa komando mengugut untuk menenggelamkan kapalnya serta mengacukan pistol di kepalanya dan krew kapal lain.

"Mereka mengacukan dua senapang sekaligus di kepala setiap anak kapal," kata kapten berbangsa Turki yang baru dibebaskan.

Beliau berkata, ia seakan berada dalam filem dan menganggap Israel memang sukakan senjata.

"Mereka sangat berminat dengan senapang, seolah-olah permainan buat mereka," katanya ketika sidang media yang dibuat selepas pembebasannya di Istanbul.

Bagaimanapun, tiada krew kapalnya dibunuh ketika kejadian terbabit.

Kapal Tokalak yang membawa bekalan perubatan berada di belakang Mavi Marmara ketika serangan komando terbabit yang ketika itu belayar 68 batu di luar perairan Israel.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular