Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 5 Ogos 2010

Dipenjara 15 tahun dan 5 sebatan kerana rogol orang bisu



KUALA LUMPUR 6 Ogos – Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menghukum penjara 15 tahun dan lima sebatan rotan terhadap seorang penganggur kerana merogol orang bisu, empat tahun lepas.

Hakim Fathiyah Idris menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Khairul Nizam Mohd. Shafiai, 24, setelah mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes tersebut.

Bagaimanapun Fathiyah membenarkan permohonan peguam Mohd. Razlan Jalaluddin yang mewakili tertuduh untuk menangguhkan hukuman sebatan bagi memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi.

"Dalam kes ini pihak pendakwaan berjaya membuktikan keraguan munasabah dan mahkamah mendapati keterangan daripada saksi pembelaan adalah satu penafian semata-mata, di mana keterangan daripada tertuduh tidak konsisten,” katanya.

Fathiyah berkata, Mohd. Khairul Nizam berjaya memperdayakan mangsa, seorang wanita golongan orang kurang upaya (OKU) ketika melakukan hubungan tersebut.

Mohd. Khairul Nizam didakwa merogol mangsa, seorang pekerja hotel, berumur 29 tahun, di Bilik 206, Hotel Metro, Jalan Changkat Thamby Dollah Off Jalan Pudu, di sini antara pukul 12 malam dan 1 pagi, 10 Disember 2006.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. – Bernama.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular