
PRAMUGARI kereta api elektrik (ETS) bersedia untuk memulakan tugas mereka sempena perjalanan sulung kereta api laju Ipoh-Kuala Lumpur-Seremban yang bermula Khamis ini. ETS adalah tren paling canggih dan pantas yang mampu bergerak pada kelajuan 160 kilometer sejam dapat memendekkan tempoh perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur kepada satu jam 55 minit.
