Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 6 Ogos 2010

Pesawat Malaysia Hilang 20 Tahun Ada Di Aceh?

(Foto hiasan )



JAKARTA 6 Ogos - Pasukan Polis dari Aceh Besar sudah memasuki hutan sejak empat hari lalu bagi mencari bangkai pesawat yang dikatakan dikesan di kawasan pergunungan Aceh Besar baru-baru ini, yang dikaitkan dengan pesawat dari Malaysia yang hilang di Aceh lebih 20 tahun lepas.

Pegawai perhubungan awam Polis Aceh, Pesuruhjaya Kanan Farid Ahmad Saleh berkata, pasukan mencari itu menuju lokasi di Pergunungan Bukit Barisan, namun pihaknya belum dapat memberi kepastian sama ada pesawat itu sememangnya dari Malaysia atau tidak dan sama ada terdapat kerangka manusia di dalamnya.

Maklumat yang diterima berhubung penemuan bangkai pesawat itu bercanggah daripada data yang ada, termasuk lokasi ia ditemui, yang sebelum ini dikatakan di Pergunungan Leuser di wilayah Aceh Tenggara.

Ada maklumat juga mengatakan bahawa ia bangkai pesawat kecil pengangkut logistik, yang mungkin terhempas pada tahun 2006, namun semua maklumat itu belum dapat dipastikan sehingga pasukan mencari memberi laporannya.

"Perjalanan ke sana memakan waktu sekitar tiga hari perjalanan darat dan sampai saat ini belum kembali lagi. Kawasan itu juga sukar mendapat signal telekomunikasi sehingga kami tak ada komunikasi apapun dengan pasukan di lapangan,” katanya. - Bernama.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular