Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 2 Ogos 2010

Skim Cepat Kaya: Nur Amalina serah diri



KUALA LUMPUR: Dalang sindiket skim cepat kaya, Nur Amalina Mat Rashid, 23, menyerah diri di Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, di sini, petang semalam.

Suspek yang hadir bersama peguamnya kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah untuk diambil keterangan berhubung dakwaan mengatakan dia adalah ikon di kalangan ahli skim terbabit kerana sering hadir sebagai pakar motivasi dan berkongsi pengalaman mengenai kemewahan serta kekayaan dimilikinya menerusi pelaburan tidak wujud itu.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata keterangan Amalina sangat penting bagi membuktikan sama ada dia terbabit atau tidak dalam skim cepat kaya itu.


“Keterangannya sudah direkodkan bagi memudahkan kita (polis) mengesan suspek lain yang mendalangi skim ini. Amalina diminta memberi keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada timbalan pendakwa raya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rohaimi berkata, selain itu, seramai 16 suspek skim cepat kaya yang ditahan baru-baru ini sudah ikat jamin oleh seorang peguam kira-kira jam 8.30 malam semalam di Balai Polis Petaling Jaya. Jumaat lalu, akhbar ini melaporkan polis sedang mengesan Amalina bagi membantu siasatan terhadap satu skim cepat kaya yang berselindung di sebalik pelaburan produk kesihatan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular