Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 1 Disember 2011

Delegasi Indonesia lawat Jabatan Mufti Negara Brunei

Rombongan melawat ke Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.



BANDAR SERI BEGAWAN - Anggota Dewan Pertimbangan Presiden Republik Indonesia Bidang Hubungan Antar Ugama, Kiyai Haji Ma'ruf Amin bersama Isteri bersama enam orang delegasi dari Republik Indonesia pagi tadi telah mengadakan lawatan ke Jabatan Mufti.

Sebelum lawatan, Kiyai bersama rombongan telah mengadakan kunjungan hormat bersama Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Abdul Aziz Juned.

Selepas kunjungan hormat rombongan diberikan taklimat mengenai struktur dan organisasi Jabatan Mufti yang disampaikan oleh Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan, Dato Paduka Awang Ahmad Bukhari bin Pehin Siraja Khatib Abu Hanifah.

Rombongan kemudian dibawa melawat Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Lawatan itu adalah untuk menjalinkan hubungan silaturahim dan saling bertukar pandangan mengenai pembangunan keugamaan dan pendidikan ugama, serta upaya meningkatkan kerjasama di bidang keugamaan antara Republik Indonesia dan Negara Brunei Darussalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular