Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 1 Disember 2011

Haron Satay raih gelaran 'Sate Terbaik'

Haron Satay semalam dinobatkan sebagai Satay Terbaik dalam anugerah Pakar Penjaja Singapura, malam tadi.





SINGAPURA - BAU sate yang harum dan membuka selera sudah tentu menarik para pengunjung yang menjejakkan kaki ke East Coast Lagoon Food Village di East Coast Park.

Para pengunjung mungkin keliru kerana terdapat lebih lapan gerai sate di situ.

Namun anda tidak perlu menempah beberapa cucuk sate dari setiap gerai hanya untuk menentukan gerai mana yang menjual sate yang paling enak, lembut dan menyelerakan.

Ini kerana Haron Satay di gerai #01-55 telah dinobatkan sebagai yang terbaik bukan sahaja di East Coast Lagoon Food Village malah di Singapura setelah dianugerahkan Pakar Penjaja Singapura 2011 dalam Kategori Sate, malam tadi.

Turut dinobatkan sebagai Pakar Penjaja Singapura ialah gerai Casuarina Curry Restaurant di 136 Casuarina Road yang merangkul Kategori Roti Perata Terbaik.

Setiap pemenang menerima hadiah mereka dari Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Dr Vivian Balakrishnan, di satu majlis di Conrad Centennial Singapore, malam tadi.

Selain sate dan roti perata, pemenang lain ialah bagi kategori Mi Wontan, Mi Goreng Hokkien, Bak Kut Teh and Tau Suan.

Anugerah penjaja tahunan itu dianjurkan secara bersama oleh akhbar The Straits Times dan Lianhe Zaobao.

Anugerah itu diberikan bagi meraikan makanan di pusat penjaja dan memberi pengiktirafan kepada golongan penjaja.

Proses bagi memilih penjaja terbaik bermula Ogos tahun ini.

Dalam fasa pertama, lebih 3,000 pencalonan telah diterima daripada orang ramai. Pencalonan tertinggi kemudian disenaraikan bagi pengundian sewaktu fasa kedua, September lalu.

Lebih 8,000 pembaca akhbar The Straits Times dan Lianhe Zaobao kemudian mengundi menentukan tiga peserta akhir dalam setiap kategori.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular