Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 23 Disember 2011

Majlis tahlil untuk mangsa nahas Sabah



Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Haji Jamain bin Momin ketika menghadiri majlis berkenaan.





BANDAR SERI BEGAWAN - Para pegawai Jabatan Daerah Brunei dan Muara hari ini mengadakan Majlis Membaca Yasin dan Tahlil bagi Allahyarhamah Hajah Norhayati binti Haji Abdul Hadi, salah seorang mangsa yang terkorban dalam kemalangan bas di Sabah baru-baru ini.


Majlis itu berlangsung di kediaman Allahyarhamah di Kampong Bunut.

Hadir di majlis itu ialah Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Haji Jamain bin Momin bersama-sama dengan isteri.

Yang turut hadir ialah Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampong bagi Daerah Brunei dan Muara bersama-sama isteri dan pegawai serta kakitangan Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

Allahyarhamah merupakan isteri Pemangku Penghulu Mukim Saba, yang juga selaku Ketua Kampong Saba Tengah dan Saba Ujong, Awang Haji Ibrahim bin Basar.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular