Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 23 Disember 2011

Taman Warisan Melayu anjur konsert kugiran 1950-an - 1970-an




SINGAPURA - TAMAN Warisan Melayu (TWM) akan menganjurkan sebuah konsert penghargaan kepada kugiran-kugiran setempat era 1950an hingga 1970-an pada 30 Disember ini.

Bertajuk Malam Pesta MudaMudi, konsert tersebut memberi penghargaan kepada kugiran-kugiran itu, yang lagu-lagu mereka akan dipersembahkan oleh kugiran-kugiran indie setempat.

Menurut TWM, semasa zaman kegemilangan mereka, kugiran-kugiran pop yeh yeh seperti Siglap Five dan The Swallows telah dipengaruhi oleh muzik pop Barat dan menjadi popular di sini dan sejauh Jerman.

Satu pameran interaktif juga akan diadakan semasa konsert tersebut.

Ia meliputi pameran tentang muzik era berkenaan dan orangorang di sebaliknya, selain tentang gaya hidup mereka semasa 'zaman' kegemilangan industri muzik itu.

Bermula pada 5 petang hingga 10 malam, konsert itu akan diadakan di The Big Steps, Sekolah Sistem Maklumat, Universiti Pengurusan Singapura (SMU).

Tiada bayaran masuk dikenakan, tetapi penonton digalakkan agar memakai pakaian pop yeh yeh untuk memeriahkan suasana.

Konsert tersebut merupakan sebahagian daripada pelbagai kegiatan berunsur budaya dan warisan Melayu yang dianjurkan TWM.

TWM kini ditutup bagi membolehkan kerja ubah elok bernilai $3 juta dilaksanakan.

Kerja-kerja tersebut antara lain melibatkan langkah merobohkan atau merendahkan tembok pekarangan Istana Kampong Gelam sepanjang 40 meter bersebelahan Kandahar Street bagi membolehkan orang ramai menjenguk ke dalam pekarangan TWM.

Ia dijangka dibuka semula pada Jun tahun depan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular