Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 8 Disember 2011

Pelancong Brunei ke-5 terbanyak kunjungi Malaysia

Jamilah ketika menyampaikan kata alu-aluan semasa sidang media diadakan.






BANDAR SERI BEGAWAN - Lebih 1.12 juta pelancong dari Brunei dijangka berkunjung ke Malaysia pada 2011 dan jumlah itu melebihi jumlah yang dicatatkan tahun lalu dengan anggaran peningkatan sebanyak 2 peratus.

Pengarah Pelancongan Malaysia (Brunei), Jamilah Abdul Halim berkata, pengunjung Brunei berada di tangga ke-5 dari jumlah pengunjung ke Malaysia. Menurut beliau tahun lalu, ketibaan pelancong ke Malaysia telah meningkat sebanyak 3.9 peratus iaitu sebanyak 24.6 juta pelancong.

"Anggaran sebanyak 2 peratus itu merupakan pertumbuhan positif yang diramalkan bagi pelancong Brunei ke Malaysia bagi 2011. Kami tidak mahu meletakkan kadar pertumbuhan yang tinggi memandangkan keadaan ekonomi global pada masa ini.

"Kami optimistik mengenai dengan angka pertumbuhan itu tetapi kami masih lagi perlu menanti jumlah sebenarnya yang akan didedahkan kemudian," katanya selepas Sidang Media Promosi Bersama Air Asia dan Pelancongan Malaysia di Jerudong, hari ini.

Mengulas mengenai destinasi di Malaysia yang popular dikalangan pelancong dari Brunei, Jamilah berkata lebih banyak pelancong dari Brunei sekarang berkunjung ke Melaka.

Maklum balas dari pelancong Brunei adalah mereka adalah amat tertarik dengan budaya, sejarah serta pelbagai tarikan yang ditawarkan oleh bandar bersejarah itu, katanya sambil menambah bahawa Pelancongan Malaysia sedang giat berusaha untuk mempromosikan lebih banyak destinasi pelancongan di Malaysia bagi pelancong-pelancong dari Brunei termasuk Terengganu dan Johor Baru.

Oleh itu, promosi bersama dengan Air Asia memberikan peluang bagi mereka untuk meneroka peluang untuk mempromosikan destinasi di Malaysia bagi pasaran Brunei yang terus menjadi pasaran yang penting bagi industri pelancongan Malaysia.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular