Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 8 Disember 2011

Penyanyi ND Lala mangsa samun

ND Lala






KUALA LUMPUR - Penyanyi ND Lala yang popular dengan lagu PM Kita kerugian RM2,500 apabila telefon bimbit dan kunci kereta miliknya dirampas sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang di sini semalam.

Kejadian mencemaskan pada pukul 3.40 pagi itu berlaku ketika ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh berhenti di stesen minyak itu untuk ke tandas.

Selepas keluar dari tandas, artis yang berusia 50 tahun itu masuk semula ke dalam kereta BMW miliknya.

Ketika sedang menyemak khidmat pesanan ringkas (SMS) pada telefon bimbit, bapa kepada naib juara program realiti One In A Million (OIAM) musim kedua, Sheila Amzah tiba-tiba dikerumuni sekumpulan sepuluh hingga 15 lelaki yang menunggang 10 buah motosikal.

Sumber berkata, salah seorang daripada suspek itu bertindak memecah cermin sebelah pemandu menggunakan topi keledar.

"Selepas itu, suspek-suspek terbabit dipercayai kumpulan pelesit rempit merampas telefon bimbit jenis iPhone 4 dan kunci kereta mangsa," kata sumber itu di sini semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular