Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 20 Februari 2012

21 wakili negara ke Pesta Kebudayaan ASEAN di Oman

Rombongan peserta ketika bergambar di lapangan terbang antarabangsa Brunei.


BANDAR SERI BEGAWAN - Seramai 21 orang, terdiri daripada pemuzik, penyanyi, penari dan koreografer hari ini berlepas ke Muscat, Oman untuk mewakili negara ke acara Pesta Kebudayaan ASEAN (ASEAN Cultural Festival) di Kesultanan Oman bermula pada 17 hingga 25 Februari ini.

Rombongan berkenaan diketuai oleh Pengiran Haji Mohd Yamin bin PSJ Pengiran Momin sementara koreografer diketuai oleh Dayang Norsiah Haji Othman dari Kumpulan Daya Kreasi Seni (DKS).

Ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa, Brunei, Berakas sejurus sebelum berlepas, Dayang Norsiah berkata; "Peluang keemasan ini adalah bagi mengadakan persembahan kebudayaan, di Pesta Kebudayaan ASEAN, Muscat Festival dan Majlis Resepsi Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam ke Oman.

"Bentuk persembahan dibahagikan kepada tiga segmen di mana segmen pertama, bercorak pop tradisional, kedua mengetengahkan adat perkahwinan orang Brunei dan ketiga memaparkan Brunei Show Case."

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular