Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 20 Februari 2012

'kehilangan' AP Hougang menjadi tanda tanya

Encik Yaw Shin Leong




SINGAPURA - DESAS-DESUS tentang 'kehilangan' Anggota Parlimen bagi kawasan undi Hougang, Encik Yaw Shin Leong, terus bertiup kencang.

Maklumat terbaru yang diperolehi menyatakan bahawa ahli politik itu mungkin telah membawa diri ke Vietnam atau Kemboja.

Namun, beberapa individu menyatakan ada kemungkinan beliau mengurungkan dirinya di satu lokasi di sini dan bukannya di Shanghai, China, sebagaimana yang dinyatakan beberapa laporan media sebelum ini.

Malah, seorang pemimpin politik pembangkang yang diketahui rapat dengan Encik Yaw semasa dihubungi semalam tidak menolak kemungkinan bekas anggota kanan Parti Pekerja (WP) itu akan muncul semula dan menjelaskan duduk perkara 'mungkin dalam beberapa hari atau sedikit masa lagi'.

'Shin Leong sebagaimana yang saya kenal, orangnya punya prinsip tersendiri dan jika menghadapi sesuatu keadaan akan mendiamkan diri seketika sebelum menghuraikan masalah yang ada,' ujar beliau yang meminta identitinya dirahsiakan.

Encik Yaw dikatakan lebih senang ke Vietnam atau Kemboja kerana beliau merupakan Rakan Pengurusan syarikat Easto Global LLP, sebuah syarikat yang memasarkan barangan biometrik yang berpangkalan di Ho Chi Minh, Vietnam.

Syarikat itu juga mempunyai pejabat perwakilan di Phnom Penh, Kemboja, dan di Iligan City, Filipina.

Seorang anggota WP memberitahu akhbar ini semalam bahawa mereka sehingga kini gagal menghubungi Encik Yaw dan saluran perhubungan menerusi isterinya sahaja.

Sementara itu, Setiausaha Agung WP, Encik Low Thia Khiang, ketika ditemui pihak media malam kelmarin sewaktu acara makan malam sempena meraikan Tahun Baru Cina, menyatakan bahawa para pemimpin WP tidak tahu sekiranya Encik Yaw, yang telah dipecat daripada parti itu, akan membuat rayuan atas keputusan tersebut.

Sebelum Parlimen bersidang pada Jumaat lalu, Speaker Parlimen, Encik Michael Palmer, mengumumkan bahawa Kerani Parlimen telah mengutus surat kepada Encik Yaw sehari sebelum itu dan memintanya memberikan jawapan bertulis sebelum 24 Februari ini.

Surat itu diutuskan menyusuli keputusan WP memecat bekas anggota kanannya itu berkuat kuasa pada 14 Februari lalu.

Pemecatan itu disebabkan Encik Yaw dituduh menjalin hubungan sulit dengan salah seorang anggota parti itu.

Peruntukan mengenai kekosongan kerusi dan rayuan yang boleh dibuat terkandung dalam Artikel 46(2)(b) dan Artikel 48(a) Perlembagaan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular