Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 5 Februari 2012

Cef Aini hasilkan lagi buku masak 'Biskut & Kek Singapura'

Inilah kulit buku resipi 'Biskut & Kek Singapura' oleh Cef Aini Salim.




SINGAPURA - Apabila melihat gambar 'Biskut Suji Badam' di buku resipi terbaru Cef Aini Salim yang berjudul 'Biskut & Kek Singapura', berasa tertarik kerana melihat betapa cantiknya biskut suji yang bahagian atasnya terdapat rekahan-rekahan yang 'mencantikkan' lagi biskut suji itu.

Dan setelah cuba membuatnya, ternyata cara menghasilkannya begitu mudah dan cepat. Belanja membeli bahan-bahannya pula tidak mahal dan yang terpenting, rasanya enak dan memang menepati selera.

Selain 'Biskut Suji Badam', buku resipi ini juga turut memberikan banyak lagi resipi biskut yang memang cukup mudah membuatnya.

Salah satu daripadanya ialah 'Biskut Wholemeal Cip' yang menggunakan coklat cip dan kacang hazel.

'Saya memang menyediakan resipi-resipi yang mudah dibuat dan enak rasanya. Apa yang penting ialah para pembaca dapat mengikuti dengan mudah cara membuat kuihnya,' kata Cef Aini, yang mula mengajar memasak pada 1983.

Buku resipinya itu merupakan buku yang keempat diterbitkan, tetapi menggunakan tajuk yang sama dengan salah satu buku yang diterbitkan sebelum ini.

Dua lagi buku dengan tajuk lain ialah 'Kuih Dari Singapura' dan 'Hidangan Hari Raya dari Singapura'.

Semua empat buku resipinya itu diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors.

Cef Aini, yang memang terkenal sebagai guru masak di Singapura, turut mengajar memasak di Brunei dan beberapa negeri di Malaysia.

Oleh kerana nama beliau tidak asing lagi di negara-negara jiran itu, buku-buku masak yang dihasilkan mendapat sambutan hangat.

Menurut Cef Aini, semua tiga buku resipi terawalnya berjaya dijual sehingga 10,000 naskhah bagi setiap cetakan. Ia dijual di Singapura, Malaysia dan Brunei. Tempahan turut diterima dari masyarakat Melayu di beberapa negara lain seperti Australia, London dan Dubai.

Dalam buku resipi terbarunya ini, selain biskut dan kuih-kuih tradisonal seperti Kuih Makmur dan Kuih Tart Nanas, Cef Aini, yang turut mengajar di balai-balai rakyat dan beberapa persatuan setempat, turut menyediakan resipi aneka jenis kek gulung, kek lapis dan brownie.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular