Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 3 Februari 2012

PDRM siasat tiga rakyat Malaysia yang mati diserang di Filipina

Datuk Seri Hishammuddin





KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghantar pasukan khas ke Filipina untuk mengesahkan identiti tiga rakyat Malaysia yang mati dalam serangan ke atas persembunyian kumpulan Abu Sayyaf, di Sulu, wilayah selatan negara itu semalam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia ingin mendapatkan kesahihan kematian pemimpin kanan pertubuhan militan Abu Sayyaf dan Jemaah Islamiyah (JI) Zulkifli Abdul Hir.

"PDRM sedang berurusan dengan Philippine National Police untuk menyalurkan sampel DNA keluarga Zulkifli bagi tujuan pengesahan mayat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hishamuddin berkata, sekiranya mayat itu disahkan sebagai Zulkifli, pihak polis akan menguruskan kepulangan jenazah itu ke Malaysia untuk urusan pengkebumian. Polis juga menunggu pengesahan dua lagi mayat anggota Darul Islam (DI) Sabah iaitu Bacho dan Jeknal Adil yang ditemui dalam serangan itu, katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular