Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 3 Februari 2012

ULANG TAHUN KE-70 KEJATUHAN SINGAPURA DI TANGAN JEPUN

Bekas tahanan perang (POW), Encik George Prior, yang mengenang pengalaman hitam dipaksa bekerja di landasan kereta api maut Thailand-Burma bersama tahanan lain semasa Perang Dunia Kedua, di Pusat Interpretatif Bukit Chandu di Pepys Road.


SINGAPURA - PELBAGAI acara telah diatur bagi memperingati ulang tahun ke-70 kejatuhan Singapura di tangan tentera Jepun mulai esok.

Ini termasuk pelancaran enam jejak warisan berpandu baru ke tempat bersejarah seperti Kent Ridge Park atau Bukit Chandu - tempat rejimen askar Melayu pimpinan Leftenan Adnan Saidi berjuang ke titisan darah terakhir.

Digelar Resilience Trails, ia memberi peserta peluang menyusuri jatuh bangun Singapura sejak dikenali sebagai Temasek, membawa kepada masa ia diserang Jepun dan sehingga kini.

Enam lagi tempat penanda Perang Dunia Kedua yang telah dikenal pasti akan dilancarkan Menteri Penerangan, Perhubungan dan Kesenian, Dr Yaacob Ibrahim, pada 14 Februari ini.

Ini menjadikan jumlah tempat penanda perang itu sebanyak 20 - selain 14 tempat yang telah dikenal pasti, termasuk Kent Ridge Park dan pantai Changi, tempat pembunuhan beramai-ramai tahanan perang (POW).

Satu majlis memperingati askaraskar yang gugur akan juga diadakan di Tanah Perkuburan Perang Kranji pada 15 Februari ini - tarikh tentera British menyerah kalah kepada tentera Jepun.

Acara-acara tersebut dianjurkan oleh Lembaga Warisan Kebangsaan (NHB) dengan kerjasama Persatuan Warisan Singapura (SHS) dan Konsultan Sejarah Singapura (SHC).

Ia bertujuan meningkatkan kesedaran tentang sejarah hitam Singapura, terutama kepada generasi yang dilahirkan selepas perang.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NHB, Encik Michael Koh, berkata:

'Kami ingin memperingati dan terutama sekali mempelajari daripada kecekalan, sikap daya tahan dan perpaduan yang ditunjukkan nenek moyang kita dalam masa sukar itu.'

Ketua Kajian dan Pendidikan SHC, Cik Savita Kashyap, berkata Resilience Trails dianjurkan secara percuma kepada pelajar peringkat menengah ke atas dan orang awam mulai 18 Februari ini.

Antaranya ialah jejak warisan yang menyusuri perang Pasir Panjang dan membawa peserta berjalan kaki dari Bukit Chandu.

Jejak warisan Changi pula membawa peserta berjalan 26 kilometer dari Padang ke pantai Changi - jalan yang sama dilalui para POW dulu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular