Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 21 Februari 2012

Persiapan Hari Kebangsaan semakin rancak



BANDAR SERI BEGAWAN - Beberapa hari lagi menjelang tanggal 23 Februari genaplah Hari Kebangsaan Brunei yang ke-28, yang bakal disambut dengan persembahan yang berwarna-warni dan penuh kegemilangan.

Wartawan Media hari ini berkesempatan menyaksikan hampir seluruh peserta yang terlibat dalam perhimpunan agung sambutan Hari kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-28 membuat latihan di Taman Sir Omar Ali Saifuddien di ibu kota.

Kecekalan para peserta patut dipuji apabila di bawah terik matahari yang cukup menduga para peserta tetap menunjukkan persembahan bertenaga dalam latihan bersepadu hari kedua pagi tadi.

Dalam temu bual Media Permata dengan salah seorang jurulatih Koir, Hisyam Puasa (salah seorang jurulatih Kumpulan Koir), menyatakan perasaan bangga dengan semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta yang terlibat.

"Latihan Kali kedua membuktikan peningkatan dan sememangnya semangat pada 23 Februari ini nanti akan lebih berkobar terutama sekali bagi menyemarakkan lagi sambutan ulang tahun kemerdekaan negara kita yang tercinta Brunei Darussalam," ujarnya sambil tersenyum.

Beliau, yang terlibat bersama sembilan jurulatih lain yang terdiri daripada belia yang bertugas di sektor awam dan swasta, turut turun padang menyanyikan lagu-lagu patriotik yang dinyanyikan juga oleh pasukan koir gabungan Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah dan Sekolah Menengah Saiyyidina Umar Al-Khattab.

Dalam latihan hari ini juga menyaksikan puluhan ribu peserta dalam persembahan padang dan juga Kumpulan Ikrar yang memimpin bacaan Ikrar berkumandang jelas di Bandar Seri Begawan menandakan semangat cinta tanah air oleh peserta dan seluruh warga perhimpunan agung berkenaan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular