Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 21 Februari 2012

Anak gadis tunggal terjebak dengan Ice



SINGAPURA - CIK Sariah hanya menaruh harapan pada satu-satu anak perempuannya agar dapat membela nasib keluarga.

Baginya, anak perempuannya itulah buah hati dan penghibur hatinya yang lara akibat hidup menjanda sejak beberapa tahun lalu.

Namun, harapan ibu berusia 50-an tahun itu bak kaca terhempas ke batu apabila diberitahu anak perempuannya, yang berusia lewat belasan tahun itu, diberkas kerana disyaki mengambil dadah Ice.

Bersama gadis itu ialah beberapa lagi teman rapatnya, yang turut dijebak dalam satu serbuan yang dijalankan pegawai antinarkotik di Geylang.

Cik Sariah tambah kecewa kerana anak perempuannya yang sepatutnya memulakan penggal persekolahan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) tahun ini, sebaliknya terpaksa meringkuk di pusat pemulihan dadah (DRC) di Penjara Wanita Changi.

'Saya terperanjat apabila dia diberkas. Kat rumah dia macam biasa aje. Saya tak tahu yang dia campur kawan-kawan yang menagih dadah.

'Saya juga tak syak apa-apa kerana saya tak tahu dan tak kenal dadah. Dia cuma hisap rokok di rumah.

'Saya pernah nasihatkan dia supaya jangan merokok kerana takut dia mengambil benda-benda lain,' katanya yang menetap di Bedok.

Anak perempuan Cik Sariah dijangka menjalani pemulihan di DRC selama enam bulan.

Selepas itu dia akan diletakkan dalam pengawasan dengan memakai gelang elektronik selama enam bulan lagi.

Mengenai langkah yang bakal diambil selepas anaknya dibebaskan, Cik Sariah, dengan nada sedih berbaur kesal, berkata:

'Saya ingat nak hantar dia ke seberang Tambak untuk berubat selepas dia dibebaskan. Saya mesti lakukan sesuatu sebelum dia kembali terjerumus ke dalam kancah dadah.

'Ibu mana yang tak bingit kalau anak perempuannya jadi begini. Saya tak tahu apa lagi yang harus saya lakukan. Saya kena tunggu hingga dia keluar kelak.'

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular