Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 6 Februari 2012

'Usah terburu-buru jual rumah untuk biaya rawatan'

Dr Maliki Osman memberi kata-kata perangsang dan nasihat kepada Cik Siti Fatimah Musa (tengah) yang menghadapi masalah kewangan akibat penyakit ginjal yang dihidapi ibunya, Cik Salbiah Ahmad.



SINGAPURA - PESAKIT ginjal dinasihatkan agar tidak terburu-buru menjual rumah demi mendapatkan wang bagi menanggung perbelanjaan rawatan dan perubatan.

Demikian nasihat Setiausaha Parlimen Kanan (Pertahanan merangkap Pembangunan Negara), Dr Mohamad Maliki Osman, kepada pesakit ginjal yang hadir dalam sesi dialog anjuran Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC), kelmarin.

Dalam sesi dialog tersebut, Dr Maliki memberi ceramah kepada sekitar 50 pesakit ginjal sebelum diajukan soalansoalan yang kebanyakannya terdiri daripada masalah membeli atau menyewa rumah yang dihadapi pesakit kronik itu.

Salah seorang pesakit yang mengajukan soalan itu ialah Encik Wan Chek Isman, pegawai keselamatan sambilan berusia 43 tahun.

Beliau menjual rumah tiga biliknya di Bukit Batok empat tahun lalu ketika baru disahkan menghidap penyakit ginjal kerana memerlukan wang bagi rawatan dan perubatan.

Kini, Encik Wan menetap di rumah orang tuanya bersama isterinya, seorang warga Indonesia.

Beliau telah berkali-kali berusaha mendapatkan rumah sewa tetapi gagal.

Mendengar masalah-masalah sedemikian, Dr Maliki berulang kali menegaskan bahawa menjual rumah tidak akan menyelesaikan masalah kewangan perubatan malah akan membuatkan masa depan perumahan seseorang itu menjadi tidak menentu.

'Apa yang saya sarankan ialah supaya pesakit ginjal berusaha mencari subsidi perubatan yang banyak disediakan yang akan mencuba membantu mereka,' kata Dr Maliki.

Beliau juga mengatakan bahawa rumah adalah antara aset terpenting bagi seseorang individu dan ia harus dilindungi dengan baik.

Jika keadaan kewangan terlalu mendesak dan pesakit ginjal harus menjual rumah, Dr Maliki menasihatkan mereka agar mencari rumah alternatif yang berharga berpatutan terlebih dahulu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular