Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 3 Februari 2012

Wow .. Harga emas RM6,000 satu auns !!




KUALA LUMPUR - HARGA emas dijangka terus meningkat hingga mencecah harga purata AS$1,975 (RM6,000) bagi satu auns (28.35g) menjelang suku keempat tahun ini berikutan sentimen positif terhadap komoditi itu meskipun ketika situasi ekonomi global berdepan keadaan tidak menentu.

Ketua Pakar Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice berkata, selain emas, harga minyak turut dijangka naik kepada AS$100 (RM301) setong menjelang separuh kedua tahun ini.

Beliau berkata, terdapat empat faktor yang mendorong peningkatan harga emas iaitu jumlah hutang tinggi di barat, kadar faedah sebenar yang negatif, permintaan tinggi dari China, India dan bank-bank pusat serta bekalan terhad komoditi berkenaan.

“Suasana tidak menentu ekonomi global secara berterusan turut merangsang minat terhadap emas sebagai alternatif bagi melindungi nilai berbanding pelaburan lebih berisiko.

“Kenaikan harga minyak pula disebabkan risiko ketidakstabilan politik di Timur Tengah dan permintaan kukuh daripada pasaran baru muncul terutama China,” katanya pada taklimat media di sini, semalam.

Sementara itu, katanya pasaran ekuiti di negara ini yang mencatatkan prestasi kukuh tahun lalu, kini sudah meningkat.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular