Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 4 Februari 2012

'Usaha tambah penduduk cabaran terbesar S'pura'

Kadar kelahiran rendah mungkin bawa kesan pada ekonomi negara.




SINGAPURA - DENGAN pelbagai ketidaktentuan ekonomi sejagat, Singapura masih boleh mencapai pertumbuhan sungguhpun pada kadar lebih rendah, tetapi kadar kelahiran rendah pula mungkin membawa kesan kepada ekonomi negara, kata Encik Lee Kuan Yew.

Berucap dalam majlis jamuan malam sempena Tahun Baru Cina semalam, Encik Lee berkata cabaran terbesar di Singapura adalah meningkatkan jumlah penduduknya.

Ini kerana kadar kelahiran di sini semakin berkurang.

'Kadar kesuburan bagi kaum Cina sebanyak 1.08 (tahun lalu) adalah paling rendah.

'Dalam erti kata lain, penduduk Cina Singapura pada generasi akan datang (dalam tempoh) 18 hingga 20 tahun, akan berkurangan sebanyak separuh,' kata Encik Lee dalam majlis di Sekolah Rendah Queenstown itu.

Dalam ucapannya, beliau akur bahawa keputusan mempunyai anak merupakan keputusan peribadi, namun ia juga mempunyai kesan besar pada negara.

Antara sebab kadar kelahiran semakin berkurang, menurut Encik Lee, ialah generasi muda kian melengahkan masa mendirikan rumah tangga.

'Wanita sedia menunggu untuk memilih suami yang mereka rasakan lebih baik dan berpendapatan lebih tinggi daripada mereka,' katanya.

Masalah lebih besar, kata Encik Lee, ialah golongan wanita dan lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 34 tahun yang masih belum berkahwin.

Menurut perangkaan, 44.2 peratus lelaki dan 31 peratus wanita dalam lingkungan usia itu masih belum berkahwin.

Kadar perkahwinan di kalangan golongan berusia di bawah 30 tahun juga berkurang.

Akibatnya, jumlah bayi yang dilahirkan turut susut.

Tahun lalu, jumlah bayi yang dilahirkan meningkat sedikit - sebanyak 36,161 bayi daripada penduduk setempat telah dilahirkan.

'Ketika saya mula menjadi Perdana Menteri pada 1959, lebih 62,000 bayi dilahirkan pada tahun itu,' kata beliau.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular