Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 1 Mac 2012

7,000 pasangan bercerai setiap tahun



SINGAPURA - SEKITAR 7,000 pasangan suami isteri bercerai setiap tahun pada 2009 dan 2010, dedah Menteri Negara (Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan), Cik Halimah Yaacob, semalam.

Jumlah itu meningkat sedikit berbanding bilangan 6,800 pasangan yang bercerai pada 2008.

Perangkaan bagi tahun lalu belum tersedia.

Sebab-sebab utama perceraian yang tertera pada permohonan cerai pula termasuk kelakuan tidak wajar, telah tinggal berasingan selama tiga tahun atau lebih, keganasan di rumah dan masalah kewangan, kata beliau.

Cik Halimah berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Cik Lina Chiam, yang ingin tahu jumlah perceraian dan sebab-sebab kebanyakan perceraian tersebut.

Cik Lina turut bertanya secara purata, berapa lamakah tempoh perkahwinan pasangan-pasangan yang bercerai tersebut.

Cik Halimah berkata perkahwinan yang berakhir dengan perceraian rata-rata pelbagai, namun perkahwinan pasangan muda berusia 20 tahun ke bawah biasanya lebih berisiko.

Namun, katanya, isu lebih besar ialah bagaimana membantu pasangan mempertahan dan memperkukuh perkahwinan mereka.

Atas tujuan itu, kementeriannya memperkenal pelbagai program bagi memperkukuh perkahwinan, yang dilaksanakan dengan rakan-rakan kerja, pertubuhan kebajikan sukarela (VWO) dan Majlis Keluarga Kebangsaan (NFC).

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular