Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 30 Mac 2012

Brunei ketatkan Undang-undang seksual



BANDAR SERI BEGAWAN - Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, sistem perundangan negara telah mencatat beberapa perubahan dan tambahan kepada undang-undang berkaitan dengan kesalahan seksual, dengan mengikuti jejak langkah negara seperti United Kingdom, Kanada dan Singapura.

Dengan memberi tumpuan kepada perlindungan golongan muda dan mereka yang mudah terdedah, pindaan dan pengenalan Kanun Jenayah dikuatkuasakan pada 24 Mac 2012 atas inisiatif Jabatan Peguam Negara di bawah Pejabat Perdana Menteri sebagai respons kepada pengukuhan undang-undang negara untuk melindungi kanak-kanak daripada eksploitasi seksual dan juga memberikan platform kepada pendakwa untuk mendakwa pelbagai kesalahan seksual dengan kerjasama pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei menjalankan siasatan terhadap kesalahan sedemikian.

Pindaan tersebut membabitkan kesalahan-kesalahan daripada seks komersial kepada kesalahan yang menggunakan teknologi sebagai satu perantara, pornografi kanak-kanak, pelacuran, penglibatan dalam kegiatan seksual dengan kehadiran seseorang di bawah umur 16 tahun, persediaan seksual, penyakit intai, kesilapan berkaitan umur serta kesalahan berhubung pencabulan kehormatan seseorang.

Pindaan dan undang-undang baru secara formal memperkenalkan lebih banyak sikap kebertanggungjawapan di kalangan pesalah dengan penalti yang lebih berat daripada hukuman penjara satu tahun hingga 10 tahun dan denda yang berjumlah sehingga beribu-ribu ringgit.

Di antara undang-undang baru yang tidak wujud sebelum pindaan berkenaan termasuk pindaan kepada "Seks Komersial" di bawah Seksyen Kanun Jenayah 377D yang menangani isu mereka yang menjalin hubungan dan mendapatkan perkhidmatan seksual daripada mereka di bawah umur 18 tahun.

"Dalam menetap perlindungan umur pada 18 tahun, undang-undang berkenaan bertujuan melindungi kadar penduduk muda yang lebih tinggi sejajar dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Kanak-Kanak yang diluluskan oleh Brunei pada 27 Disember 1995," jelas Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Sementara itu, warga Brunei yang berkunjung ke luar negara dengan tujuan melibatkan diri dalam pelancongan seks, juga akan berdepan tindakan pendakwaan di negara sekiranya ada bukti menunjukkan mereka terbabit bersalah mengadakan hubungan seks dengan mereka yang berumur di bawah 18 tahun.

"Kesalahan baru seks komersial dengan orang di bawah umur 18 tahun di luar Brunei Darussalam (Seksyen 377E) dan Kunjungan di luar Brunei Darussalam untuk seks komersial dengan orang di bawah umur 18 tahun (Seksyen 377F) membenarkan permohonan luar wilayah untuk warga Brunei yang mungkin melakukan kesalahan sedemikian di luar negara dan menyumbang kepada usaha memerangi pelancongan seks kanak-kanak global," kata kenyataan itu lagi.

Dikenakan kepada individu dari negara berlainan, orang dewasa atau mereka yang melebihi umur 21 tahun yang melayari internet atau di bawah penipuan dan seterusnya bertemu dan berkunjung untuk bertemu dengan seseorang di bawah umur 16 tahun dengan niat melakukan kesalahan seksual boleh dikenakan dakwaan Penyediaan Seksual di bawah Seksyen 377G yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular