Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 23 Mac 2012

Anak selamat yang tidak selamat

Orang ramai berkerumun melihat sembilan deretan rumah kedai yang hangus dalam kebakaran awal pagi semalam.



PONTIAN - “Dia yang kejutkan saya dan beritahu rumah kami terbakar, tapi entah macam mana dia yang gagal selamatkan diri,” kata Selamat Kosnan, 51, ayah kepada dua beradik yang rentung dalam kebakaran rumah mereka di Pekan Ayer Baloi, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu yang keseluruhannya memusnahkan sembilan rumah kedai dua tingkat separuh papan, dua beradik terbabit ialah anak keenam daripada tujuh beradik, Khusnul Khotimah, 13, dan adik bongsunya, Rohman, 12.

Selamat berkata, ketika kejadian dia bersama isteri, Hasniah Abd Hussin, 50, dan enam daripada tujuh anaknya tidur di bahagian atas rumah kedai papan.

“Saya terjaga daripada tidur apabila arwah Khotimah mengejutkan saya dan memberitahu asap tebal di tingkat bawah kedai. Mungkin dia anggota keluarga kami yang pertama menyedari kebakaran berlaku.

“Sebaik dikejutkan arwah, saya terus kejutkan semua anak dan isteri sebelum kami nekad turun ke tingkat bawah bagi menyelamatkan diri biarpun terpaksa meredah api dan asap,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular