Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 28 Mac 2012

5 produk kesihatan ditarik balik

Inilah lima produk kesihatan yang ditarik balik.




BANDAR SERI BEGAWAN - Kementerian Kesihatan mengumumkan penarikan balik 5 produk kesihatan kerana didapati mengandungi 'Sibutramine' yang boleh membahayakan kesihatan.

Produk-produk tersebut ialah Slimax Cafe-Premix Coffee with Garcinia Cambogia and White Kidney Bean for Slimming, 225g; Leisure 18 Pure Black Coffee (18 x 10g); Rest Slim-Manggo Drink, Slim Fit. Firm. Healthy (1 x 300g); Slimming Orange Juice Supplement Vitamins Enhance Immunity (12 x 15g) dan Fashion Sliming Orange Juice (12 x 15g).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan di sini, Sibutramine adalah bahan untuk menguruskan badan dan penggunaan secara berpanjangan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, degupan jantung yang kuat dan masalah gangguan tidur.

Penggunaan Sibutramine dalam makanan adalah tidak dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kesihatan Awam (Makanan), (P1 Penggal 182).

Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan telah menjalankan pemeriksaan di pasar-pasar raya dan mendapati produk berkenaan dijual tanpa kebenaran pihak kementerian.

"Contoh produk terbabit dihantar ke Makmal Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan dan laporan ujian makmal telah mengesahkan bahawa produk-produk terbabit mengandungi Sibutramine," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai yang memiliki produk berkenaan (Jika ada) untuk tidak mengambil produk berkenaan dan mengembalikannya kepada pembekal atau penjual produk berkenaan; atau menyerahkan kepada Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan untuk dimusnahkan.

Kementerian Kesihatan juga mengingatkan kepada para pengimport dan peniaga untuk menarik balik produk-produk mereka dari pasaran dan menyerahkannya kepada Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan atau Pejabat-pejabat Kesihatan di daerah-daerah untuk dimusnahkan.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh terhadap mana-mana produk makanan, menguruskan badan yang belum diketahui keselamatannya dan yang boleh memudaratkan kesihatan.

Mana-mana pengimport atau peniaga yang melanggar peruntukan undang-undang di bawah Bab 9 ceraian (1) sub-perenggan (i) Akta Kesihatan Awam (Makanan) (Penggal 182) boleh di penjara selama 5 tahun atau suatu denda atau kedua-duanya sekali.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular