Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 30 Mac 2012

Sedih: Bayi mati tersedak susu ibu

Norman sambil diperhatikan isterinya, Noradila mendakap jenazah anak sulungnya, Siti Zulaikha, semalam.




ALOR GAJAH - “Sejak semalam (kelmarin) Zulaikha asyik menangis seolah-olah tidak mahu berpisah dengan saya. Puas saya memujuknya kerana menyangka dia menangis kerana disuntik, rupanya dia hendak meninggalkan kami,” kata Noradila Mohd Nor, 20, ibu bayi malang, Siti Zulaikha, yang mati dipercayai tersedak susu badan di rumahnya di Taman Inang Sari, Durian Tunggal, di sini, semalam.

Difahamkan Noradila yang masih dalam pantang, terlelap ketika menyusukan bayinya yang baru berusia sebulan.

Apabila terjaga kira-kira jam 6 pagi, dia mendapati mulut Zulaikha berbuih manakala mukanya kebiruan.

Noradila kemudian menyentuh badan anak sulungnya itu yang disangka tidur tetapi tiada tindak balas sebelum memeriksa nadi.

Dia turut mengejutkan suaminya, Norman Bahran, 25.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular