Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 30 Mac 2012

Bawa anak pergi ‘dangdut jamban’



PELABUHAN KLANG - Bagi mengaburi mata isteri yang dalam pantang mengenai aktiviti malamnya, seorang lelaki membawa anak perempuannya berusia enam tahun beberapa kali untuk berhibur di sebuah premis dangdut yang dikenali sebagai ‘dangdut jamban’ di Lorong Kem, di sini.

Malah, lelaki berusia 40-an terbabit turut meneguk minuman keras di hadapan anaknya.

Lelaki terbabit mengakui menjadikan premis berkenaan sebagai rumah kedua kerana mengunjunginya empat hingga lima kali dalam seminggu.

Premis berkenaan dipanggil ‘dangdut jamban’ berikutan keadaan premis yang usang, berbau busuk selain persekitaran yang kotor kerana dipenuhi botol minuman keras, bekas makanan dan puntung rokok.

Premis itu digemari pelanggan ‘senja’ turut dijadikan ‘port’ berhibur sambil berkaraoke selain menikmati minuman keras yang dihidangkan pelayan gebu warga asing yang turut melakukan aksi ghairah.

Bagaimanapun, keseronokan semua pelanggan tidak berpanjangan apabila diserbu Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Klang (MPK) jam 10.30 malam, kelmarin.

Difahamkan, pemilik premis yang juga penjawat awam menjalankan perniagaan itu tanpa lesen sah sejak setahun lalu walaupun diserbu pihak berkuasa awal tahun lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Penguat Kuasa MPK, Shahrul Hazri Abd Majid berkata, premis berkenaan menjadi tumpuan kerana memiliki tarikannya tersendiri dengan menyediakan rangkaian lagu karaoke dangdut terkini.

“Premis ini beroperasi dari jam 8 malam hingga 3 pagi setiap hari dan semakin rancak dipenuhi pelanggan setiap kali terutama pada hujung minggu.

“Ketika serbuan, terdapat lima pelanggan dan tiga pelayan wanita warga Indonesia sibuk menyediakan minuman keras kepada pelanggan,” katanya.

Semua pelanggan diambil keterangan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1995 Pindaan 1998, 2001 kerana menjalankan aktiviti perniagaan hiburan tanpa lesen daripada pihak berkuasa.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular