Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 30 Mac 2012

Ditipu ‘wakil IKS Mara’



KUALA TERENGGANU - “Dia bukan sahaja menyamar sebagai wakil sebuah syarikat dari industri kecil dan sederhana (IKS), Mara Terengganu tetapi saya percaya lelaki itu turut menggunakan ilmu pukau untuk menipu pekerja saya,” kata Nor Aini Zakaria, 43, yang mendakwa ditipu oleh seorang lelaki di kedainya di pasar raya Mydin Mall, di sini, malam kelmarin.

Menurut pemilik NABS Food Industries itu, kejadian berlaku kira-kira jam 8.05 malam, dua pekerjanya telah didatangi seorang lelaki yang membawa sebotol sabun pencuci tanpa jenama kononnya telah dipesan olehnya sebelum ini.

“Semasa kejadian, saya berada di rumah sebelum menerima panggilan telefon daripada pekerja memaklumkan kejadian terbabit.

“Pekerja saya memaklumkan yang lelaki berkenaan mendakwa saya ada membeli sebotol sabun pencuci daripadanya dengan harga RM80 dan disebabkan tidak mempunyai banyak masa, lelaki itu memaksa dia membuat pembayaran segera tanpa perlu menelefon saya terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui di kedainya, semalam.

Nor Aini berkata, pekerjanya seolah-olah dipukau kerana dengan mudah menyerahkan wang kepada lelaki itu sedangkan sebelum ini mereka tidak berani membuat keputusan sesuka hati tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu.

“Lelaki itu telah meninggalkan resit pembayaran yang tertera nombor telefon syarikatnya tetapi nombor telefon itu seperti tidak wujud kerana tidak berfungsi.

“Yakin diri saya ditipu lebih-lebih lagi melihat sabun pencuci yang diberikan itu seperti air biasa sahaja, saya terus mengambil keputusan membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, pendedahan ini dibuat bertujuan memberi pengajaran kepada masyarakat agar lebih berhati-hati sekiranya didatangi individu seperti lelaki terbabit.

“Dalam masa sama, saya berharap lelaki itu dikenakan tindakan sewajarnya bagi mengelak kejadian sama berulang pada masa akan datang,” katanya yang sudah enam tahun berniaga di pasar raya berkenaan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular