Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 27 Mac 2012

Bonus Nasional 1.6 bulan gaji bagi pemegang jawatan politik



SINGAPURA - PEMEGANG jawatan politik, daripada setiausaha parlimen hingga timbalan perdana menteri, akan mendapat Bonus Nasional yang diprorata sebanyak 1.618 bulan gaji pada bulan ini.

Bonus Nasional antara saranan yang dikemukakan dalam Kertas Putih mengenai Gaji bagi Pemerintah Berupaya dan Komited yang diluluskan Parlimen Januari lalu.

Menurut satu kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (PSD) semalam, berdasarkan formula yang telah diluluskan itu, Bonus Nasional bagi tahun lalu ialah 2.625 bulan gaji.

Namun, memandangkan skala gaji baru berkuat kuasa Mei tahun lalu, ia harus diprorata, menjadikannya 1.618 bulan.

Bonus itu akan dibayar bulan ini.

PSD juga menerangkan bahawa semua pemegang jawatan politik akan mendapat kadar Bonus Nasional yang sama.

Langkah ini diambil demi mencerminkan sumbangan bersama mereka sebagai salah seorang anggota Kabinet.

Namun, Perdana Menteri akan mendapat Bonus Nasional seganda lebih banyak, iaitu 3.326 bulan, memandangkan beliau tidak menerima bonus kelakonan.

Bonus Nasional menggantikan Bonus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) yang diberi sebelum ini.

Ia dikira berdasarkan empat petunjuk utama: pertumbuhan pendapatan median sebenar, pertumbuhan pendapatan sebenar bagi golongan 20 peratus terendah rakyat, kadar pengangguran rakyat dan pertumbuhan GDP.

Setiap petunjuk menyumbang 25 peratus kepada jumlah penuh bonus yang diberi.

Setiap petunjuk juga mempunyai sasarannya. Sebagai contoh, dalam kiraan bonus bagi tahun lalu, pertumbuhan pendapatan sebenar rakyat turun sebanyak 0.6 peratus.

Oleh yang demikian, mengikut carta sasaran yang telah ditetapkan, tiada markah atau tahap bayaran akan diberi bagi petunjuk tersebut.

Namun menurut petunjuk GDP pula, ia tumbuh 4.9 peratus, oleh itu mengikut carta, tahap bayaran bagi petunjuk itu ialah 200 peratus.

Seterusnya, tahap bayaran bagi setiap petunjuk akan dicampur dan jumlah bonus mengikut kadar bulan akan dikira mengikut formula yang telah ditetapkan.

Dalam kenyataannya itu PSD turut menerangkan bahagian atau komponen yang terkandung dalam gaji tahunan bagi pemegang jawatan politik.

Gaji tersebut merangkumi komponen tetap dan komponen berubah.

Komponen tetap ialah gaji sebanyak 13 bulan. Komponen berubah pula merangkumi komponen berubah tahunan (AVC), bonus kelakonan dan Bonus Nasional.

Bagi tahun lalu, AVC yang diberi ialah 1.25 bulan gaji dan $250.

Bonus kelakonan pula ditetapkan oleh Perdana Menteri dan mengikut kadar antara 0 hingga enam bulan gaji.

Seseorang yang berkelakonan baik bakal mendapat bonus tiga bulan gaji.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular