Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 25 Mac 2012

Mahasiswa serah batu nisan tidak matang



JOHOR BAHRU – Tidak matang dan sengaja mencari publisiti murahan. Itu pandangan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengenai tindakan sekumpulan mahasiswa yang cuba menghantar batu nisan kepada kementerian tersebut Jumaat lalu.

Jelasnya, sebagai mahasiswa, mereka sepatutnya tidak menggunakan cara itu untuk menyuarakan pandangan sebaliknya harus menggunakan cara lebih matang menerusi perbincangan dan percambahan idea yang bernas.

Tindakan tersebut juga katanya, menunjukkan mereka tidak yakin pandangan dan kehadiran mereka di institusi pengajian tinggi didengar.

“Mungkin benar mereka tidak matang tetapi saya tidak perlu meletakkan diri saya sebagai tidak matang seperti mereka.

“Takkan mereka beri satu batu nisan, saya perlu balas dua pula. Perkara ini langsung tidak menjejaskan kedudukan saya dan kementerian,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ke-17 Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya di sini semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular