Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 26 Mac 2012

Muhammad Norhidayat mati lemas

Anak bongsu dalam keluarga tiga beradik dan disifatkan sebagai seorang yang baik hati dan peramah.



SINGAPURA - BILIKNYA yang sebelum ini berselerak dan dipenuhi poster serta gambar-gambar tiba-tiba dibersihkan Muhammad Norhidayat Roosly, Isnin lalu.

Kelakuannya itu, menurut kakaknya, Cik Normelati Roosly, agak aneh kerana adiknya, seorang penari bebas atau freelance, memang jarang mengemas biliknya.

'Tetapi pada hari itu, dia mengemas dengan rapi, dan barang-barang peribadinya seperti gambar-gambarnya yang ditampal di dinding semuanya dibuang,' kata Cik Normelati.

Tidak disangka, ia merupakan hari-hari terakhir beliau, kerana kelmarin, tubuh Norhidayat, 29 tahun, ditemui terapung di perairan Tanjong Beach, Sentosa.

Pada hari itu, polis menerima panggilan sekitar 10.20 pagi mengenai penemuan tubuh seorang lelaki di pantai.

Berita Harian difahamkan, mayatnya dibawa ke pantai oleh 'lifeguard' yang bertugas.

Allahyarham Norhidayat, yang ditemui hanya memakai seluar renang, disahkan mati lemas oleh anggota paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sekitar 10.50 pagi.

Jenazahnya dikebumikan petang semalam.

Polis menyifatkan kes itu sebagai kematian luar biasa dan sedang menyiasat.

Ketika ditemui wartawan di rumah Allahyarham semalam di Wellington Circle, Cik Normelati, 33 tahun, berkata berita tentang kematian adiknya itu diberitahu kepada bapanya setelah polis menjumpai barangan peribadi Allahyarham di dalam begnya yang ditinggalkan di pantai.

'Selain beg adik saya, satu lagi beg, yang dipercayai milik kawan rapatnya, turut ditemui bersama. Tapi sampai sekarang kami tak mendengar berita tentang kawannya itu.

'Kami pun tak tahu sama ada dia turut lemas ataupun dia masih hidup. Cuma saya harap jika kawannya itu ada di luar sana, sila berjumpa kami untuk menceritakan apa yang berlaku,' katanya yang masih tertanya-tanya bagaimana adiknya boleh lemas memandangkan Allahyarham boleh berenang.

Sementara itu polis turut mengesahkan semalam penemuan mayat lelaki berusia 30-an tahun yang ditemui di perairan berdekatan Taman Labrador.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular