Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 25 Mac 2012

15 selebriti akan turun dapur bagi Master Chef Selebriti

Serina Redzuawan antara artis yang telah mengesahkan penyertaan.




SERAMAI 15 selebriti seberang tambak akan menyingsing lengang, turun dapur untuk edisi pertama rancangan Master Chef Selebriti Malaysia, terbitan Astro Ria (mio TV saluran 34).

Antara yang sudah pun mengesahkan penyertaan mereka dalam program tersebut termasuklah Serina Redzuawan, Siti Sarah, Jehan Miskin, Tomok, Karl Shafek, Datuk Fazley Yaakob, Farouk Hussein, Major. Dr. Faiz, Angah Raja Lawak, Raja Azmi, Soo Wincci, Juliza Adzlizan, Thanuja, Salamiah Hassan dan Louisa Chong.

Menggunakan konsep yang sama seperti MasterChef Malaysia sebelum ini, sesi rakaman MasterChef Selebriti Malaysia pertama akan diadakan di Dapur Masterchef yang terletak di Industrila Park, Shah Alam, pada Selasa depan.

Selepas sesi rakaman MasterChef Selebirti Malaysia dijalankan, ial disusuli pula satu sidang media bersama Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, yang akan diadakan untuk mengumumkan lebih lanjut mengenai program tersebut.

MasterChef Selebriti Malaysia merupakan kesinambungan daripada kejayaan MasterChef Malaysia yang telah berjaya menobatkan Dr Izani Farhana Md Monoto sebagai juara.

Rancangan ini akan mula ke udara pada 27 Mac ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular