Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 31 Mac 2012

khidmat seks $100 - $200 di Singapura


SINGAPURA - HASIL operasi pihak berkuasa ke atas sebuah sarang pelacuran, sembilan lelaki didakwa di mahkamah semalam atas tuduhan mengadakan seks komersial dengan pelacur bawah umur.

Mereka masing-masing menghadapi antara satu dengan tiga tuduhan mendapatkan khidmat seks daripada gadis bawah usia.

Tertuduh dikatakan membayar antara $100 hingga $200 bagi setiap sesi seks.

Kes-kes berkenaan melibatkan tiga gadis Vietnam berusia antara 16 dengan 17 tahun.

Salah seorang yang dituduh, Chan See Sean, 40 tahun, didakwa melakukan seks dengan seorang gadis berusia 16 tahun sebanyak tiga kali. Chan dikatakan membayar $120 bagi setiap sesi bersama gadis tersebut.

Seorang lagi, Justin Guo Zhijia, 24 tahun, menghadapi dua tuduhan membayar $100 kepada gadis yang sama bagi melakukan seks di sebuah rumah di Yio Chu Kang.

Chong Heng Kow, 52 tahun, pula didakwa bersubahat dengan Seng Swee Meng, 42 tahun, dan isterinya, Ngo Tien, bagi melakukan seks berbayar dengan gadis yang sama di Hotel Fragrance Ruby pada Julai tahun lalu.

Dia turut menghadapi satu lagi tuduhan membayar $100 bagi melakuka seks dengan gadis tersebut di Hotel Four View di Geylang pada 15 Julai.

Sementara itu, Loh Kian Ann, 55 tahun, dan Yee Yew Seng, 45 tahun, dituduh melakukan seks komersial dengan seorang gadis berusia 17 tahun di sebuah hotel di Geylang.

Empat lagi yang didakwa - Seah Seng Kok, 59 tahun, Tan Wah Eng, 60 tahun, Wee Lian Kee, 54 tahun, dan Loy Hee Cheng, 69 tahun - menghadapi satu tuduhan.

Kebanyakan mereka yang dituduh diwakili peguam.

Jika sabit kesalahan, setiap daripada mereka menghadapi hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan/atau denda.

Pada Disember lalu, 80 lelaki telah dipanggil untuk disoal siasat apabila polis membanteras sebuah sarang pelacuran yang dikendalikan menerusi Internet.

Daripada mereka yang disoal siasat, 60 telah diberkas dan dibebaskan atas ikat jamin.

Difahamkan polis telah menamatkan siasatan dan lebih ramai lagi lelaki yang terlibat akan didakwa di mahkamah.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular