Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 30 Mac 2012

Anakanda Sultan Perak mangkat



IPOH - Anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah, 54, mangkat di kediamannya di Kuala Lumpur awal hari ini akibat serangan asma.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Perak, Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor berkata, Raja Ashman menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Damansara pada pukul 1.30 pagi tadi.

Beliau berkata, jenazah Almarhum dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di Kuala Kangsar, Perak untuk disembahyangkan sebelum istiadat pemakaman berlangsung di Makam Diraja Kuala Kangsar yang terletak bersebelahan dengan masjid itu selepas solat asar.

Raja Ashman yang terkenal dengan sifat mesra rakyat meninggalkan isteri, Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin serta seorang putera, Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah serta dua puteri, Raja Eminah Alliyah dan Raja Bainunisa Safia.

Baginda merupakan anakanda ketiga Sultan Perak daripada lima adik-beradik iaitu Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Yong Sofia.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular