Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 18 Mac 2012

Ayah belasah anak kerana jadi pak sanggup

ARISYA... dapat ‘ayah’ pendendam dan panas baran





KUALA LUMPUR - Badan berbirat akibat dibelasah dengan tali pinggang manakala penampar dan sepak terajang menjadi ‘makanan’ harian seorang gadis sejak kecil, gara-gara dendam tidak berkesudahan lelaki dipanggil bapa.

Seksaan diterima Arisya, 24, hanya disebabkan lelaki berkenaan tidak dapat menerima hakikat dia terpaksa menjadi ‘pak sanggup’ dengan mengahwini ibunya selepas wanita itu hamil sebelum bernikah.

Menurut Arisya, zaman kanak-kanaknya tidak seperti rakan sebaya lain yang sentiasa disaluti kasih sayang ibu bapa serta kegembiraan.

Katanya, kehidupannya penuh kedukaan kerana didera ‘bapanya’ tanpa belas kasihan setiap kali melakukan kesilapan, biarpun tidak sebesar mana.

Disebabkan sering menerima layanan buruk ‘bapa sendiri’, Arisya sering tertanya-tanya, apakah dosa dilakukannya sehingga diperlakukan sedemikian.

Menginjak usia remaja, dia pernah terdengar pertengkaran besar di antara orang tuanya. Bapanya mengungkit yang dia terpaksa menjadi ‘pak sanggup’ kerana ibunya mengandung benih orang lain.

Akibat dendam kesumat itu, bapanya sering menjadikan ibunya sebagai mangsa deraan apabila cuba menyebelahi Arisya.

“Sebenarnya, ayah seorang yang panas baran terhadap emak, saya mahupun adik-adik. Namun saya paling teruk dibelasah walaupun kerana ingin bergurau, bergaduh kecil atau bermanja dengan adik-adik, seolah-olah melakukan kesalahan sangat besar.

“Saya tak tahu mengapa ayah terlalu baran dengan saya. Penampar yang diberi bertahun-tahun membuatkan jiwa saya tertekan.

“Terakhir ketika saya berusia 14 tahun apabila dibelasah dengan tali pinggang hingga menangis seharian akibat menanggung kesakitan yang amat sangat. Kesan daripada situ, saya membuat keputusan lari daripada rumah tapi tidak tahu ke mana hendak dituju.

“Ketika itu, yang terfikir ialah melarikan diri ke balai polis lalu membuat laporan saya didera ayah kandung. Polis kemudian membuat tangkapan dan ayah ditahan kerana kesalahan mendera berdasarkan laporan kesihatan oleh pihak hospital,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular