Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 19 Mac 2012

Denda $1,000 buang sampah merata-rata

Tilam yang dibuang di tepi jalan.




KUALA BELAIT - Bahagian Penguat kuasa Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria telah mengenakan denda kompaun sebanyak $1,000 ke atas seorang individu kerana didapati melanggar peraturan pembuangan sampah.

Individu terbabit telah didapati melakukan kesalahan meletakkan/meninggalkan tilam dan kusyen yang terpakai di kawasan tepi jalan bangunan komersial Pandan 7 dekat sini.

Kesalahan yang dilakukan individu terbabit di bawah akta kesalahan-kesalahan membuang sampah di tempat awam.

Dia mengakui kesalahan tersebut dan telah diberikan tempoh selama seminggu untuk menjelaskan pembayaran denda yang dikenakan ke atasnya.

Jika gagal menjelaskan pembayaran, dia akan didakwa di mahkamah.

Sabit kesalahan boleh didenda sejumlah $1,000 bagi kesalahan pertama dan kesalahan seterusnya denda sejumlah $3,000 dan penjara tidak melebihi tiga bulan.

Sehubungan itu jabatan berkenaan mengingatkan sekali lagi kepada orang ramai dan syarikat-syarikat supaya membuang sampah di tempat yang telah dikhaskan bagi menjaga alam sekitar yang bersih.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular