Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 1 Mac 2012

Isteri mengamuk suami bawa bekas isteri ke rumah




LUNAS - Seorang isteri yang tinggal di sebuah taman perumahan di sini terkejut apabila mendapati suaminya membawa seorang wanita lain masuk ke dalam rumahnya.

Berang dengan perlakuan suaminya itu, si isteri telah memaklumkan kejadian kepada Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK) kira-kira jam dua pagi, semalam.

Ketua Penguat Kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, beliau menerima panggilan daripada isteri terlibat dan kemudian telah meminta beberapa penguat kuasa lain membuat pemeriksaan terhadap pasangan yang dilaporkan itu.

Menurutnya, si isteri dalam keadaan marah telah meminta kerjasama PADK mengambil tindakan keras terhadap suaminya yang dianggap curang kerana bermain kayu tiga dengan membawa balik perempuan lain ke dalam rumah mereka.

“Saya ada bertanya kepada pengadu adakah dia mengenali lelaki terlibat dan pengadu menyatakan lelaki itu adalah suaminya. Pengadu meminta PADK menahan suaminya kerana bersekedudukan dengan perempuan lain.

“Saya bertanya apakah pengadu kenal wanita yang dibawa balik oleh suaminya itu.

Pengadu dalam keadaan marah dan meninggikan suara menyatakan perempuan berada di dalam rumahnya adalah bekas isteri suaminya,” katanya.

Azmi berkata, namun hasil pemeriksaan dijalankan, PADK mendapati suami pengadu telah menikahi bekas isterinya di negara jiran.

Menurutnya, sebelum ini suami pengadu dilaporkan bercerai dengan isterinya setelah menjalinkan hubungan dengan pengadu.

“Semua ini hanya selisih faham. Pengadu sebelum ini pernah ditahan PADK kerana berkhalwat dengan suaminya sekarang ini. Ketika ditahan mereka belum bernikah.

“Apabila pengadu dan suaminya ditahan kerana berkhalwat, rumah tangga suaminya dengan isteri terdahulu dilanda masalah sehingga berlaku perceraian,” katanya.

Azmi berkata, pengadu mengetahui suaminya menikahi semula bekas isterinya di negara jiran, tetapi sakit hati dan menghubungi PADK meminta untuk mengambil tindakan sama terhadap suami dan pasangannya itu.

“Pengadu tidak faham. Dulu pengadu ditahan PADK kerana berkhalwat, tetapi dalam kes semalam, suaminya telah menikahi bekas isterinya semula. Jadi tidak berlaku perlakuan bersekedudukan atau khalwat,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular