Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 3 Mac 2012

Mahfuz Omar mahu jadi Perdana Menteri



ALOR SETAR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar akan bertanding mempertahankan kerusi parlimennya, di Pokok Sena dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan, beliau tidak berhasrat untuk bertanding di peringkat Dun bagi merebut jawatan Menteri Besar.

“Saya tak berhasrat untuk bertanding peringkat Dun, sebab saya mahu bertanding di peringkat parlimen. Saya juga tidak mahu jadi Menteri Besar, sebab saya mahu jadi calon Perdana Menteri,” katanya, berseloroh.

Mahfuz berkata demikian apabila ditanya mengenai desas-desus mengatakan beliau akan bertanding di peringkat Dun sebagai calon Menteri Besar menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sekiranya Pakatan Rakyat (PR) Kedah mengekalkan kuasa di Kedah pada PRU13.

Menurutnya, bagaimana pun hasrat beliau untuk kekal bertanding di parlimen Pokok Sena perlu mendapat persetujuan Pas Pusat.

Kebelakangan ini, timbul pula desas-desus kononnya Mahfuz berhasrat bertanding kerusi Dun pada pilihan raya umum akan datang bagi menggantikan Azizan yang juga pesuruhjaya Pas negeri.

Kemelut ini juga dikaitkan dengan tindakan dua Timbalan Pesuruhjaya Pas I, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya Pas II, Dr Ismail Salleh menolak tawaran dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri, sekaligus melenyapkan kemungkinan Phahrolrazi dilantik sebagai pengganti Azizan.

Mahfuz berkata, walaupun ada permintaan untuk beliau bertanding kerusi Dun, namun beliau tidak berminat berbuat demikian.

“Buat apa jadi MB, baik jadi PM. Bukankah MB duduk bawah PM,” katanya, dengan nada jenaka.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular