Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 4 Mac 2012

Ramai Melayu Singapura Nyanyuk



SINGAPURA - LEBIH ramai orang Melayu menghidap demensia atau penyakit nyanyuk berbanding kaum etnik lain di Singapura - lebih tinggi daripada kadar purata nasional.

Bahkan, satu tinjauan terhadap 3,000 warga Singapura menunjukkan tahap kesedaran tentang simtom-simtom demensia juga lebih rendah di kalangan Melayu.

Atas kesedaran itu, buat julung-julung kali, satu program yang bertujuan mengurangkan kadar demensia dan meningkatkan kesedaran tentang penyakit itu khusus di kalangan Melayu, telah dilancarkan, semalam.

Digelar 'Memupuk Minda Anda', program itu terdiri dari pelbagai bengkel dan permainan merangsang minda, yang akan diadakan dalam bahasa Melayu di masjid-masjid di kawasan tenggara Singapura.

Ia disasarkan kepada warga Melayu berusia 50 tahun ke atas, dan dianjurkan Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB), dengan kerjasama Kelompok Masjid Tenggara (SEMC) dan Kelab Masyarakat (CC) Geylang Serai.

Program tersebut merupakan versi bahasa Melayu program 'Nurture Your Mind', yang dilancarkan HPB pada 2010 bagi mengurangkan kadar demensia di kalangan warga emas setempat.

Menurut HPB, perangkaan terkini Kementerian Kesihatan (MOH) menunjukkan kadar demensia di kalangan Melayu berusia 60 tahun ke atas adalah 9.4 peratus - lebih tinggi dari kadar nasional 5.2 peratus.

Dianggarkan 28,000 warga berusia 60 tahun ke atas di Singapura kini menghidap demensia, dan angka itu dijangka melonjak kepada 53,000 orang, menjelang 2020, sedang masyarakat kian menua.

Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Profesor Madya Fatimah Lateef, berkata kadar demensia tinggi di kalangan Melayu itu membimbangkan, dan perlu diambil secara serius dan ditangani.

'Kita harus meningkatkan kesedaran tentang demensia di kalangan masyarakat kita, agar mereka faham tentang penyakit ini, tahu cara mengelaknya, dan dapat memberi sokongan kepada anggota keluarga yang menghidapinya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular