Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 2 Mac 2012

Tidak akan maafkan sehingga akhir hayat




KUALA TERENGGANU – Mangsa simbah asid di Padang Merchang, Marang sudah mula berselera untuk menjamah makanan dan minum tanpa perlu mengharapkan bantuan ahli keluarganya selepas selamat menjalani pembedahan pada 23 Februari lalu.

Selepas menjalani pembedahan, Mohd Fazil Hanapi Idrus, 18, bukan sahaja tidak lagi memerlukan bantuan ketika makan dan minum tetapi sudah boleh bergerak sendiri berbanding sebelum ini dia terpaksa mengharapkan bantuan ahli keluarga.

Malah kesan melecur akibat disimbah asid pada wajahnya juga sudah beransur pulih.

Katanya, dia tidak kisah berapa lama terpaksa tinggal di hospital asalkan dapat pulih sepenuhnya bagi menjalani kehidupan seperti biasa. Malah, berasa lega apabila melihat ramai kawan-kawan dari Kampung Padang Merchang datang melawatnya di hospital.

Apabila ditanya, adakah dia dapat meneka siapakah gerangan yang melakukan perbuatan tersebut, dia hanya mampu mengeleng-gelengkan kepalanya tetapi dia tidak akan memaafkan orang yang melakukan perbuatan itu terhadapnya sehingga akhir hayat.

Sementara itu, bapa mangsa, Idrus Mat Noh, 54, ketika ditemui wartawan semasa membuat lawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) semalam, turut melahirkan rasa gembira apabila melihat keadaan anaknya, yang semakin beransur pulih itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular