Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 2 Mac 2012

Tiga pasangan sedang berkhalwat ditangkap



BANDAR SERI BEGAWAN - Tiga pasangan warga tempatan didapati melakukan kesalahan berdua-duaan (khalwat) apabila mereka gagal menunjukkan sijil nikah yang diminta oleh pegawai penguat kuasa agama Seksyen Penguatkuasaan Ugama, Jabatan Hal Ehwal Syariah dalam operasi yang dijalankan baru-baru ini.

Dua pasangan diberkas secara berasingan di kawasan pantai Tungku dan satu pasangan di salah sebuah rumah di Daerah Brunei dan Muara.

Kesemua pasangan diarahkan untuk hadir di pejabat Seksyen Penguatkuasaan Ugama untuk siasatan lanjut dan dalam hal ini, pasangan boleh didakwa di bawah Seksyen 177 (1) & (2), Akta Majlis Ugama Islam Brunei dan Kadi Mahkamah Penggal 77, Disemak 1984.

Untuk kesalahan pertama dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara selama satu bulan atau denda $1,000 untuk lelaki manakala bagi wanita, 14 hari penjara atau denda $500.

Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, boleh dikenakan penjara dua bulan atau denda $2,000 pada mana-mana lelaki Islam yang didapati berdua-duaan (khalwat) dan penjara satu bulan atau denda $1,000 bagi mana-mana perempuan Islam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular