Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 2 April 2012

Pengakuan: ‘Saya temui hingga 400 orang Melayu murtad’



PETALING JAYA - ‘Tiga ratus hingga 400 orang Melayu yang saya temui sendiri telah murtad.” Begitulah pengakuan salah seorang dari dua individu yang didakwa terbabit dalam gerakan memurtadkan umat Islam di Malaysia.

Ramli Abdullah (bukan nama sebenar), 47, turut memberitahu bahawa beliau pada asalnya didekati kumpulan mubaligh Kristian yang menawarkan pekerjaan, tempat tinggal dan juga makan minum.

Menurutnya, beliau memeluk agama Kristian kerana daya tarikan kumpulan mubaligh terbabit yang sentiasa ambil berat tentang keperluan asas kehidupannya.

"Sepanjang saya mengikuti kegiatan mereka, kumpulan ini mempunyai 20 hingga 30 orang Melayu yang telah bekerja untuk mereka.

"Manakala selebihnya adalah warga asing yang kebanyakkannya warga Korea yang fasih berbahasa Melayu," katanya dalam satu rakaman video yang didedahkan oleh Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, hari ini.

Katanya, penglibatan dalam gerakan memurtadkan orang Islam ini bermula pada 2004 setelah kembali dari dihantar belajar oleh kumpulan terbabit di Singapura.

"Dalam gerakan ini tugas saya adalah untuk mendekati orang Melayu yang dikenal pasti berpotensi untuk dimurtadkan," katanya.

Ramli berkata, upacara pembaptisan yang dilaluinya diadakan di sebuah apartmen di satu lokasi eksklusif di Kuala Lumpur.

Menurutnya, oleh kerana dia orang Melayu, upacara berkenaan tidak boleh dijalankan di gereja dan mendakwa dia dimasukkan ke dalam satu kolam renang sebagai simbolik upacara.

"Upacara ini dilakukan bagi membersihkan diri dan menjadikan saya orang baru dan kemudian saya perlu lafazkan sesuatu untuk menjamin tempat saya di syurga," katanya.

Ramli memberitahu, kumpulan ini tidak secara terus memberi ganjaran kepadanya, sebaliknya mereka memberi imbuhan secara berperingkat seperti makan minum yang dijaga rapi sehinggalah diberi wang secara bulanan mencecah RM5,000.

Hari ini, Hasan mendedahkan video yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam, seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Dua versi video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit didedahkan kepada media dalam satu sidang media di kediaman bekas Exco Selangor itu di sini.

Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temu bual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia.

Lelaki berkenaan, bersama isterinya, bagaimanapun mendakwa telah kembali kepada Islam pada akhir tahun lalu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular