Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 8 Mei 2012

Artifak sejarah Kg Gelam bakal dipamer di Taman Warisan

 Encik Khir Johari menunjukkan tutup dulang yang digunakan nenek-moyangnya menyimpan makanan kepada pengarah Pustaka Nasional, Cik Sharifah Huda Ahmad (tengah), dan Cik Nur-El-Hudaa Jaffar. Bahan-bahan yang disumbangkan masyarakat kepada TWM termasuk mesin taip berabjad Arab, dulang tembaga, kotak songkok timah, sebuah songkok baldu dan ketuhar tembaga.



SINGAPURA - LEBIH daripada 150 bahan yang memaparkan sejarah Kampong Gelam yang diderma atau dipinjamkan oleh lebih 20 individu dan syarikat, bakal dipamerkan di Taman Warisan Melayu (TWM) apabila ia dibuka semula pada 2 September ini.

Koleksi masyarakat yang jarang atau tidak pernah diperlihatkan kepada umum itu membentuk sebahagian daripada artifak-artifak baru di galeri tetap TWM dan dijangka mampu memberi suntikan segar kepada kandungan pameran TWM yang baru.

Berbeza dengan konsep terdahulu, TWM yang telah dirombak bakal memberi fokus kepada sejarah Kampong Gelam sebagai sebuah bandar pelabuhan yang sibuk dan hab bagi masyarakat Melayu Singapura.

Artifak baru membentuk sekitar 80 peratus bahan pameran di TWM, termasuk bahan-bahan yang dipinjam daripada muzium-muzium lain seperti Muzium Negara dan Muzium Tamadun Asia (ACM).

Antara bahan baru yang disumbang - sebahagian besar milik bekas penduduk dan syarikat di Kampong Gelam - termasuk sebuah mesin taip berabjad Arab tahun '1950-an sumbangan Pustaka Nasional yang digunakan bagi menaip penerbitan dalam tulisan Jawi.

Eksekutif penerbitan Pustaka Nasional, Cik Nur-El-Hudaa Jaffar, berkata mesin taip itu dibeli di Mesir dan dibawa ke Singapura oleh seorang pelajar yang menuntut di sana.

'Kami harap mesin taip ini mampu mendedahkan kepada orang ramai, terutama golongan muda, tentang penggunaan Jawi di kalangan masyarakat Melayu dulu,' kata Cik Nur-El-Hudaa.

Beberapa bahan kepunyaan usahawan dan bekas pemilik Gedung Kuning, Haji Yusoff Haji Mohd Noor, atau lebih dikenali sebagai Haji Yusoff 'Tali Pinggang' - seperti kotak songkok timah, dulang bertutup tembaga dan ketuhar tradisional tembaga - dipinjamkan piutnya, Encik Khir Johari, bagi memaparkan kisah kehidupan di Kampong Gelam pada awal kurun ke-20.

'Songkok pertama mempunyai corak Uthmaniyah, lambang kehadiran empayar lama itu di Singapura. Songkok kedua bercorak Aceh, tempat yang dianggap 'serambi Makkah'. Songkok ketiga dibuat daripada baldu melambangkan kerjaya buyut saya sebagai saudagar baldu,' kata Encik Khir, menceritakan sejarah songkok-songkok yang disimpan dalam kotak tersebut.

Isteri mantan presiden Singapura pula, Puan Noor Aishah, meminjamkan beberapa medalion milik mantan Presiden Yusof Ishak.

TWM ditutup sejak Mei 2011 dan kerja-kerja pembinaan yang sedang dilakukan kini dijangka selesai bulan depan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular