Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 8 Mei 2012

WNI guna delima palsu $27 untuk menipu

Foto hiasan.



BANDAR SERI BEGAWAN -  Tiga lelaki Indonesia hari ini mengaku bersalah menipu orang dengan menjual batu delima palsu yang didakwa memiliki kuasa penyembuh kesihatan di sekitar ibu negara.

Majistret Kanan Pg Masni Pg Haji Bahar yang mendengar kes itu menetapkan tarikh 14 Mei 2012 untuk menjatuhkan hukuman ke atas ketiga-tiga tertuduh iaitu Fahrizal bin Abd Hamid, Abdullah Siraj Ishak dan Mohammad Sabran.

Terdahulu mahkamah diberitahu, mereka bertiga datang dari Pontianak, Indonesia dan tiba di sini untuk tujuan melawat.

Pada 10 Oktober 2011, ketiga-tiga defendan mengunjungi kompleks membeli-belah Yayasan SHHB untuk menjual batu delima palsu yang mereka beli dengan harga 200,000 rupiah ($27), dan terserempak dengan seorang lelaki tua duduk di bangku di tingkat bawah bangunan.

Mereka berjaya memperdaya lelaki berkenaan dan menjual batu delima palsu itu kepadanya dengan harga $300. Apabila mangsa menyedari dia telah tertipu, dia pun membuat laporan polis.

Kemudian pada 7 November 2011, Abdullah dan Sabran menipu seorang perempuan tua di lorong di belakang Hotel Brunei dengan memberitahu mangsa kisah yang sama mengenai batu delima dengan kuasa penyembuh. Wanita berkenaan telah bersetuju menukar rantai emas yang dipakainya bersama tiga loket dengan batu delima berkenaan.

Apabila mangsa menyedari mengenai komplot tersebut, dia juga membuat laporan polis.

Kejadian ketiga berlaku sekitar Disember 2011 di mana kedua-dua defendan telah berjumpa dengan seorang lagi wanita tua di gedung membeli belah Kota Mutiara. Mangsa juga berjaya diperdaya dan bersetuju menukar gelang emas yang dipakainya dengan batu delima yang dikatakan mempunyai kuasa ajaib itu.

Pada 10 April 2012 Fahrizal dan Sabran berjaya menipu seorang wanita lain di Pusat Bandar Tutong dengan menjual sebiji kelapa dengan harga $100. Mereka memberitahunya kelapa tersebut memiliki kuasa yang sama dengan kisah batu delima palsu.

Dalam kejadian terbaru pada 11 April 2012, Fahrizal dan Sabran menipu seorang wanita di sekitar kedai gambar di Kg Serusop. Defendan cuba memujuk mangsa supaya membeli batu delima dengan harga $5,000. Defendan menyerah gelang tangan emas kepada Fahrizal sebagai tukaran dengan batu delima palsu berkenaan. Kedua-dua defendan menghilangkan diri selepas itu.

Defendan berjaya pulang ke Indonesia dan menjual kesemua gelang emas.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular