Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 3 Mei 2012

Kunjungan hormat delegasi Universiti Islam Malaysia




BANDAR SERI BEGAWAN - Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman hari ini menerima kunjungan hormat, Pengerusi Majlis Uni-versiti Islam Malaysia Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Negara Brunei Darussalam.

Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor disertai seramai 12 orang terdiri daripada Ahli-Ahli Majlis Universiti Islam Malaysia dan beberapa orang alumni Kolej Islam Malaya, Klang Selangor semasa kunjungan hormat itu yang berlangsung di Tingkat 7, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh KHEDN, kunjungan tersebut bertujuan untuk menemui rakan-rakan alumni kolej Islam Malaya di Brunei Darussalam sambil memberikan taklimat mengenai penubuhan Universiti Islam Malaysia sebagai kesinambungan daripada Kolej Islam Malaya, Klang Selangor. Majlis Perjumpaan dan Taklimat diadakan di Pusat Dakwah Islamiah petang hari ini.

Ada seramai lebih 50 orang alumni kolej Islam Malaya di Brunei Darussalam. Kesemua mereka belajar di Pusat Pengajian Islam yang tertinggi itu sebagai pelajar biasiswa kerajaan dalam tahun-tahun 50-an, 60-an dan 70-an, menurut kenyataan dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Yang Berhormat Pehin Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah menamatkan pengajiannya di Kolej Islam Malaya pada tahun 1967 sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Antara aturcara kunjungan rombongan Majlis Universiti Islam Malaya termasuk lawatan ke Universiti Brunei Darussalam dan UNISSA untuk menjalin kerjasama dengan kedua-dua pusat pengajian tinggi Brunei Darussalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular