Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 9 Mei 2012

Persembahan muzik bulanan DBKL Sabtu ini

Foto hiasan



KUALA LUMPUR  — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan persembahan muzik bulanan di Panggung Anniversari, Taman Botanikal Perdana di sini, kata Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr Ismail Stapa.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, acara bulanan tersebut bertujuan menarik para pengunjung menikmati suasana alam flora dan fauna di Taman Botanikal Perdana yang baru diubah suai.

"Warga kota serta pelancong turut berpeluang menyaksikan persembahan artis tempatan secara langsung yang diiringi pemuzik profesional dari Kombo DBKL.

"Persembahan ini diadakan secara percuma selama dua jam bermula pukul 5 petang hingga 7 petang,” katanya.

Ismail berkata, persembahan tersebut akan dijayakan oleh barisan artis tempatan antaranya Joey BPR, Rozita Rohaizad, Zaiton Sameon, Faizal, Jamal serta Kumpulan Koir DBKL.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk memeriahkan acara bulanan tersebut yang secara langsung dapat memberi hiburan kepada warga kota serta pelancong.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular