Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 9 Mei 2012

UiTM anjur Festival Filem dan Video Pelajar IPT




KUALA LUMPUR -- Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menganjurkan Festival Filem dan Video Pelajar selama tiga hari mulai 21 Jun ini bagi menggalakkan para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menghasilkan karya filem yang lebih kreatif dan dinamik.

 Pengarah Jawatankuasa Perhubungan Awam dan Protokol festival itu,  Datin Noraini Ahmad Shariff berkata festival kali ke-9 itu bertemakan 'Anjakan ke Arah Transformasi' dilihat sebagai pemangkin ke arah perubahan yang positif dalam penghasilan karya seiring untuk melahirkan generasi cendekiawan filem yang bersedia menerima transformasi.

 Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata sebanyak tujuh kategori filem dipertandingkan dalam festival anjuran bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) iaitu kategori filem/video pendek, filem dokumentari, video eksperimental, video animasi, video iklan, video hebahan khidmat awam dan video klip.

 "Selain itu, satu seminar tentang pembikinan filem, video dan pameran turut dianjurkan untuk memberi penghargaan terhadap hasil kerja para pelajar dalam pembikinan filem dan menggalakkan penghasilan kerja kreatif yang bermutu tinggi.

 "Ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menilai, membuat analisis, bertukar fikiran dan memperkembang daya komunikasi serta interaksi untuk mempertingkatkan kemahiran teknikal dalam bidang perfileman," katanya.

 Noraini berkata maklumat lanjut mengenai festival itu boleh didapati dengan menghubungi Dr Mahadi Jermadi Murat atau Abdul Rahman Ahmad Hanafiah di talian 03-79622410/79622414 dan melayari laman web http://www.ffvpm9.uitm.edu.my.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular