Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 6 Mei 2012

Wan Ahmad anggap isu ahli Umno selesai


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar




SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menganggap isu keahliannya dalam Umno dibangkitkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sudah selesai apabila individu yang dikaitkan tampil membuat pengakuan.

Menurutnya, kenyataan penafiannya sebelum ini sudah cukup membuktikan dirinya tiada kaitan dengan dakwaan Saifuddin yang sebelum ini memberikan bukti nama, nombor kad pengenalan serta nombor keahlian.

“Perkara ini sudah selesai. Saya tidak mahu memikirkan perkara yang dijadikan isu lagi. Fokus utama saya adalah kepada taklimat SPR. Saya akan menjelajah beberapa negeri bagi memberikan taklimat untuk persediaan pilihan­ raya.

“Saya perlu memberi tumpuan pada kerja saya kerana ini melibatkan semua pihak,” katanya semalam.

Media semalam menjelaskan Wan Ahmad yang berkongsi nama dengan timbalan pengerusi SPR itu. Dia seorang peniaga kedai makan di Pasir Mas, Kelantan.

Ditanya mengenai tempoh permohonan maaf secara terbuka yang diberikan kepada Saifuddin, Wan Ahmad berkata: “Kalau benar beliau pemimpin bermaruah dan mempunyai integriti tinggi, seharusnya beliau tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Beliau telah mengaibkan saya tanpa usul periksa. Beliau dilihat terburu-buru dan secara melulu membuat prasangka. Jika seorang pemimpin sudah melakukan kesilapan, perlulah memohon maaf.

“Tapi, saya tidak meletakkan apa-apa tempoh. Apa yang penting, masyarakat sudah mengetahui perkara sebenar,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular