Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 15 Mei 2012

Zizan enggan bicara isu kesihatan





KUALA LUMPUR - tahun 2012 merupakan tahun cerah Zizan Razak atau nama sebenarnya Mohd. Razizan Abd. Razak, 28. Mana tidaknya, tidak cukup menggondol pelbagai anugerah dan trofi, Zizan tidak lekang dihujani tawaran daripada semua sisi.

Sesungguhnya kuasa populariti memainkan peranan sendiri walau tidak terhegeh-hegeh mencari atau memburu peluang. Adapun begitu, nilai sesebuah populariti yang merencanakan kepadatan waktu untuk diri sendiri mampu mengundang padah untuk diri sendiri.

Buktinya, pada 30 April lalu Zizan dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur pada pukul 2.30 pagi hari Ahad kerana dilaporkan mengalami keradangan otot.

Ketika itu, Zizan dikatakan dalam perjalanan menuju ke Ipoh, Perak bagi menjayakan rancangan Melodi yang bersiaran secara langsung di TV3 pada pukul 12.30 tengah hari, hari yang sama.

Adakah kerana terlalu penat dan terbeban dengan tugasan sebagai anak seni apabila diri laris menjadi rebutan ramai pihak? Jawab Zizan, tawaran yang singgah adalah rezeki baginya yang masih menganggap dirinya masih hijau dalam industri.

"Banyak yang sudah dipilih-pilih dan saya bukan jenis yang suka ambil semua tawaran yang datang tanpa usul periksa, kadang-kadang kerja yang saya terima itu ditawarkan sejak tahun lepas lagi.

"Mahu tak mahu kena buat sebab sudah berjanji. Saya menilai semua tawaran atau kerja yang sedang saya lakukan adalah rezeki dari Allah dan tiada masalah bagi saya," ujarnya secara diplomatik.

Tambahnya, kini kesihatannya beransur baik dan sudah boleh melakukan kerja seperti sedia kala cuma perlu dibataskan beban tugasnya.

"Insya-Allah saya akan mengambil cuti tidak lama lagi untuk berehat seketika dan akan kembali menjalankan tugas-tugas yang terbengkalai," ujarnya yang enggan membicarakan lebih lanjut akan hal kesihatannya.

Dia kini yang kelihatan lebih sensitif terutama isu yang berkaitan kondisi tubuh badannya sebenarnya enggan menimbulkan perasaan risau dalam kalangan peminatnya.

Malah, dia turut merasa bersalah kerana tidak dapat memberikan persembahan terbaik dalam kerjayanya seperti sediakala.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular