Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 4 Oktober 2010

Jangan pertikai raja, hak Melayu - Sultan Johor


JOHOR BAHRU:-- - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan semua pihak agar jangan sekali-kali mempersoalkan kuasa raja dan mempertikaikan hak serta keistimewaan orang Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam satu ucapan yang begitu tegas baginda bertitah, ini kerana akhir-akhir ini ada pihak yang begitu ghairah memperjuangkan kaumnya dan mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu yang telah diperuntukkan sekian lama dalam perlembagaan.

"Mereka ini adalah golongan yang cetek akal dan hanya bercakap mengikut selera sendiri tanpa meneliti sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan.

"Tindakan ini akan hanya merosakkan keharmonian hubungan kaum dan kesejahteraan hidup masyarakat negara ini," titahnya ketika bertitah merasmikan seminar khas Perlembagaan Persekutuan Peringkat Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.

Seminar yang dihadiri oleh lebih 500 penjawat awam, wakil rakyat dan exco-exco kerajaan negeri itu, turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Sultan Ibrahim bertitah, perlu diingat bahawa keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu tidak menghalang hak kaum lain malah kaum lain juga diberi hak dan jaminan dalam perlembagaan itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular